Tuesday, November 23, 2010

Pembaziran elektrik tanpa kita sedari!!!

Sedar atau tidak, hampir setiap hari kita telah membuat suatu pembaziran yang amat besar.. Mungkin kawan-kawan tidak sedar bahawa peralatan elektrik di tempat kita masih menggunakan elektrik walaupon telah dimatikan suis.
 
Satu kajian dari University of Southern CaliforniaĆ¢€™s Energy Institute mengatakan sekitar 5-10 % rata rata rumah membuat pembaziran tenaga elektrik secara percuma (dalam mod standby). Setiap isi rumah terus membayar tenaga yang tidak digunakan hingga 130 dollar setiap tahunnya. Bahkan ada kemungkinan pemakaian elektrik yang tidak digunakan lebih besar dibandingkan pemakaian purata seseorang setiap hari.

Laporan Department of Energy mengatakan beberapa alatan elektronik tertinggi pembaziran elektrik.

TV Plasma $165 ,
Cable Box $10,33,
Tv jenis CRT $5,16
Kotak Astro $
dan VCR $3.10 setiap tahunnya
Adaptor handphone $1.99
Desktop Computer: $6.20
Laptop (fully charged): $2.06
LCD Computer Monitor: $1.03
Wireless Router: $4.13
DSL Modem: $5.16
External USB Hard Drive: $2.06
Computer Speaker System: $5.16
Inkjet Printer: $4.28
DVD Player: $3.60
Powered Subwoofer: $15.50
Microwave Oven: $2.48
DVR menghabiskan $27.9,
Radio stereo $41.34 setiap tahun.

Secara total penduduk dunia membuang tenaga tanpa disedari, dan menjadi penghasil 1 peratus polusi dari gas karbon dioksida hanya untuk hal yang tidak perlu.

Untuk penjimatan caranya sangat mudah, biasakan mencabut kabel power elektrik dari soket plug selepas selesai penggunaan. Atau tambahan switch utama untuk power bila tidak ingin selalu mencabut plug power.

No comments:

Post a Comment