Tuesday, August 9, 2011

Upgrade Galaxy S anda kepada GINGERBREAD 2.3.4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lame den tak update blog ni. maaf la banyak-banyak. Kekangan masa membuatkan blog aku ni tak diupdate. lagipon tengah cuti semester kan, jadi banyak la aktiviti-aktiviti bersama keluarga ni. Cewahh. ahaha..


Lets back into business. Anda semua tahun kan yang saya guna Galaxy S powered by Enclair, tengak name blog pon dah boleh agak ye tak? Jadi ape yang saya nak kongsi la kan adalah macam mana nk mantapkan lagi Galaxy S korang, (klu gune galaxy S ar)..

Sebelum itu pernah dengar tentang Android Cupcake? Donut? Enclair? Fruyo? n agak latest Gingerbread? Sobonarnyo itu semuonyo adalah OS Smartphone yang based on Android. kalau komputer kiter ade Windows 95, win 98. win 200, win ME, n latest win 8 macam itu la jgak smartphone ni.. Jadi dah paham la kan ape itu Android? bukan ape ramai yang tanye sebelum ini, jadi baek diterangkan sekali saja. hahaha..


Eh tadi kate nk upgrade galaxy kan? haish apela aku ni. jom.. tajuknye: Upgrade OS Galaxy S anda kepada Gingerbread 2.3.4. paling latest ni..

Sebelum nak buat bende ni, meh aku ingatkan dulu;
  1. Risiko memang tinggi. tp kalau buat dgn betul InsyaAllah selamat.
  2. Kadang2 orang tanye tak salah ke amik os ni kat internet. mcm cetak rompak je konsep. So aku jawab. bende ni open source. so takde hal.
  3. Backup file2 korang yang penting. contact2 ke. Kebiasaannye ak sync dengan google. Bila dah selesai nnt boleh sync kan je balik. Link ini juga boleh membantu.Android backup guide.
  4. USB driver. Ini sgt penting. jadi Install dulu. Untuk 32 bit (x86) klik ni. Untuk 64 bit (x64) klik ini.
  5. Firmware. ini kalau tak download memang tak jadi la. Android 2.3.4 Firmware – XXJVP. Filename: XXJVP-234.ZIP. Size: 247.03 MB.
  6. Kemudian Extract file tadi untuk dapatkan isi kandungan yang ini
    1. .CODE_I9000XXJVP_CL264642_REV03_user_low_ship.tar.md5
    2. GT-I9000-CSC-MULTI-OXAJVP.tar.md5
    3. MODEM_I9000XXJVP_REV_00_CL1019177.tar.md5
    4. s1_odin_20100512.pit
  7. Odin3 v1.7.zip - Akhirnye download bende ni juga. ni platform die nanti.
Odin

Mari Mulakan

  1. Off Galaxy. Aktifkan Download mode - Tekan Volume_DOWN + Home + Power.
  2.  Bila dah jadi. sambungkan USB ke komputer dan bukak Odin yang tadi kita download. kalau betul sambungan akan ade tulis "Added".
  3. Seterusnye, ingat lagikan file yang godang2 kita download tadi? Files tu masukkan pada ruangan masing-masing.
    1. PDA - CODE_I9000XXJVP_CL264642_REV03_user_low_ship.tar.md5
    2. Phone - MODEM_I9000XXJVP_REV_00_CL1019177.tar.md5
    3. CSC - GT-I9000-CSC-MULTI-OXAJVP.tar.md5
    4. PIT - s1_odin_20100512.pit
  4. Doa banyak-banyak dan klik pada START. dan proses downloading akan berlaku pada Galaxy S anda.Bila dah selaesai Galxy akan restrt automatic.



Kalau menjadi, Tahniah kepada anda kerana anda sedang menggunakan XXJVP Android 2.3.4 Firmware dalam galaxy S anda. lebih mantap daripada sebelum ini. Boot awal selepas download ni maybe agak lambat sket. jadi tak perlu risau.

Saya dah cuba dan ini hasilnya;
Galaxy S ku yang baru.

Kebanyakan pic kat atas ni selaen hasil tu mmg bukan milik saya. saya lupa rakam time buat ari tu.

Tak dinafikan kat internet sana banyak lagi tutor macam ini tetapi saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. maybe lebih ringkas dan mudah untuk ikut. Semoga berjaya. Sila komen untuk tanye ape-ape sahaja mengenai topik ini.

Semoga berjumpa lagi,
Wassalam

No comments:

Post a Comment